Sunday, August 16, 2009

Indahnya Lukisan


apabila ada pertembungan akal dan hati aku biasanya akan menurut kata hati...tapi itu dulu. aku hanya membiarkan kata hati dalam membuat setiap keputusan dan tindakan. aku lebih memikirkan keselesaan diri dan kerap melarikan diri dari belenggu masalah, peribadi, dan perjalanan masa depan aku.
kini aku rasa aku semakin matang melayari pentas kehidupan ini...kehidupan ini ibarat satu pementasan teater di mana kita sdn adalah pelakonnya... dan DIA adalah pengarah agung yang Maha Hebat. dahsyat.
beri manusia itu peluang, dan aku percaya manusia itu akan berubah. kalau dulu aku tidak memberi peluang itu kpd diri aku sdn, aku pasti aku bkn di sini. menulis sesuatu utk sesuatu.
kebahagiaan itu bkn hanya apabila melihat diri kita saja yang bahagia, tp sebenarnya kebahagiaan itu juga apabila kita berjaya membuat orang yang kita sayang turut bahagia walau semua itu kita hanya dapat menyaksikan dari jauh. hidup ini mudah cuma kita yang membuat ia payah...kerana apa? kerana menurut kata hati semata.
tiada apa yang lebih gembira melainkan kita selalu dpt menggembirakan hati seseorang. cukup apabila melihat orang yang kita sayang selalu mengukirkan secangkir senyuman. walaupun senyuman itu bkn untuk kita. namun kita gembira kerana kita tahu dia sedang senyum gembira.
jika aku seorang pelukis akan kuwarnai dunia dengan warna putih agar tiada gelap lukisannya. namun aku cuma manusia biasa yang suka bercerita, semoga dgn setiap penceritaan aku akan membuat org lain turut "merasai" sesuatu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

aku punya blog [hitamnyalukisan] Theme is Edited by Armyzx Bloggerized by armyzx © 2009