Tuesday, January 26, 2010

Roda Sentiasa Berputar


"kini roda telah berputar" banyak betul maknanya dalam kelangsungan hidup aku sehari² lewat ini. siapa pun pasti pernah berdepan dengan situasi sebegini. harap aku mampu untuk terus bersikap rasional sehingga aku bertemu jalan peyelesaiannya.

pernah terlintas di kepala hotak aku ni dulu bahawa hidup ini tidak selalunya indah, terlalu banyak duga, duka, dusta dan ada juga bahagia, bahana, yang besarrrr punye. harap² aku sentiasa taat, tekun dan tabah untuk kasihani diri sendiri.

satu saja yang aku yakini dan percaya, terus tunduk mentaati-Nya, patuhi suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya. hanya Dia yang boleh membawa jalan terus sampai ke taman Firdausi-Nya. aku menanti satu Subuh yang sunyi untuk aku tunduk sujud kepada-Nya. ingin aku taubat sebenar²nya, ingin aku merayu pada-Nya, ingin aku menangis, ingin aku muhasabah diri ini. nape aku telah jauh dari-Nya?

aku ingin PULANG...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

aku punya blog [hitamnyalukisan] Theme is Edited by Armyzx Bloggerized by armyzx © 2009