Wednesday, June 24, 2009

Bila Dilanda Musibah


dah seminggu blacky tido dalam workshop. kesian dia, tapi aku lagi kesian. x dapat nak bergerak bebas. ia mengingatkan keadaan aku 3 tahun yang lepas yang tiada kenderaan untuk bergerak. terpaksa mengharapkan bantuan orang lain dan juga membuang duit+masa untuk mendapatkan perkhidmatan awam. mungkin ini ujian dari DIA untuk aku terus bersyukur di atas apa yang aku miliki.

selepas accident aritu, penat aku berfikir apakah pengajaran di atas musibah yang berlaku kat aku tempohari. baru aku tersedar yang aku selalu terleka untuk mengucap syukur kepada-Nya. Ya Allah..nauzbillah, betapa egonya aku sehingga terlupa sifat sebenar seorang hamba pada penciptaNya.

Ya Allah ampuni dosaku wahai Tuhanku.

rasa sebak sedikit dalam kesusahan ini masih ada lagi insan yang masih bersimpati dengan aku. ingin aku sebutkan nama² mereka tapi cukuplah sekadar ini sahaja. memang pertolongan mereka tidak akan dapat aku balas denggan ringgit atau emas tapi percayalah persahabatan ini sampai mati. (tiba² sedih siyot)

pengajaran untuk semua ucapkanlah Alhamdullillah walau rezeki itu cukup hanya untuk sesaat kita bernafas. syukur kerana kita masih boleh menikmati nikmat Tuhan. berkongsilah dengan ibubapa kita kerana mereka sentiasa mendoakan susah senang kita. jangan biar mereka mengeluh kerana setiap keluhan mereka......arghhh pedih untuk aku teruskan....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

aku punya blog [hitamnyalukisan] Theme is Edited by Armyzx Bloggerized by armyzx © 2009